PENGENALAN
PPBPT mula ditubuhkan pada 30 Ogos 2000. Persatuan ini berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Malaysia.. Tujuan penubuhannya adalah untuk membantu pesakit buah pinggang di Terengganu terutama dalam menjalani rawatan dan juga untuk menjaga kebajikan mereka.
Keahlian adalah terbuka kepada semua rakyat Terengganu atau mereka yang tinggal di Terengganu yang berumur 18 tahun ke atas.
Sumbangan yang diberikan kepada persatuan adalah dikecualikan daripada cukai
AKTIVITI
Antara aktiviti yang pernah diadakan:
i. Forum Permindahan Buah Pinggang Di Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) pada tahun 2001. Di mana ahli panelnya terdiri daripada:
1. Dr. Ghazali b. Ahmad, Ketua Jabatan Nefrologi, Hospital Selayang
2. Mufti Negeri Terengganu
3. Pegawai JAKIM
Forum dipengerusikan oleh Dr. Zawawi b. Nordin, Ketua Jabatan Nefrologi, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
ii. Pasaria telah diadakan sebanyak dua kali, iaitu masing-masing bertempat di YPU dan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
iii. Hari Keluarga (hampir setiap tahun)
iv. Jamuan hari raya Aidil Fitri pada setiap tahun.
v. Mengadakan rombongan ahli persatuan ke Pengkalan Kubur, Kelantan