1 SEJARAH
Pada 1 September 2004, dengan hanya sebuah mesin hemodialisis daripada sumbangan
Tabung Iman dan wang sebanyak RM 30,000.00 daripada MAIDAM untuk membeli
peralatan-peralatan lain yang penting, PPBPT telah mula membuka pusat dialisis bertempat
di Ladang Sekolah dengan nama Pusat Dialisis Darul Iman dalam keadaan serba
kekurangan.
2 PUSAT DIALISIS EPIC
Easten Pacific Industrial Corporation (EPIC) kemudiannya telah menyumbangkan sebanyak
RM250,000.00 untuk mengembangkan lagi pusat dialisis tersebut. Dengan sumbangan
ini, pusat dialisis berpindah ke Taman Sri Intan pada 1 April 2005. Sebuah mesin Reverse
Osmosis(RO) telah dibeli menggantikan dioniser yang tidak boleh digunakan untuk
jangkamasa panjang kerana boleh memudaratkan pesakit, dengan sumbangan ini juga
empat buah lagi mesin hemodialisis telah dibeli disamping beberapa peralatan lain lagi.
Sebagai penghargaan kepada EPIC yang telah memberikan sumbangan yang amat bernilai
ini, pusat dialisis telah ditukar nama kepada Pusat Dialisis EPIC.
3 YKN DIALISIS
Yayasan Kebajikan Negara (YKN) berhasrat untuk mempunyai pusat dialisis di beberapa
negeri untuk menonjolkan yayasan tersebut kepada orang ramai. Di Terengganu, nama
PPBPT telah dicadangkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dan
Exco Kesihatan Negeri Terengganu untuk mengadakan kerjasama. Memandangkan YKN
juga bermatlamat membantu orang yang tidak mampu dan mempunyai sumber kewangan
yang banyak, persatuan kemudiannya bersetuju mengadakan kerjasama dengan YKN dan
menubuhkan YKN Dialisis pada 1 Ogos 2007.Dalam kerjasama ini, YKN Dialisis diuruskan sepenuhnya oleh PPBPT .
4 PUSAT DIALISIS MAIDAM
Mula beroperasi pada 2 Januari 2010 di Bangunan MAIDAM, Dungun.Pusat Dialisis ini
adalah pusat dialisis kedua yang diuruskan oleh persatuan iaitu selepas YKN Dialisis. Ia
adalah usahasama dengan pusat zakat Terengganu iaitu Majlis Agama Islam dan Istiadat
Melayu Terengganu.