Majlis ini akan berlangsung di tapak tanah persatuan iaitu Kg Kubang Buyung, Kuala Terengganu (500 meter daripada Pasar Cabang Tiga). Pada hari tersebut juga akan diadakan pemeriksaan Kesihatan di mana orang ramai dialu-alukan untuk datang menjalani pemeriksaan kesihatan. Pada hari ini juga radio Suria FM akan membuat liputan dan bertemu dengan pendengar mereka.
Tapak ini akan didirikan bangunan persatuan yang akan dijadikan pusat rawatan hemodialisis. Sumbangan daripada syarikat dan orang ramai amat diperlukan bagi menjayakan projek yang sedang dirancang ini.