ADS 468x60

Tuesday, March 15, 2011

MAJLIS PECAH TANAH OLEH MENTERI BESAR TERENGGANU

         Satu Majlis Pecah Tanah akan diadakan pada 9 April 2011 oleh Y.A.B. Menteri Besar Terengganu. Majlis tersebut dijangka akan diadakan pada pukul 8.00-9.00 pagi.

         Majlis ini akan berlangsung di tapak tanah persatuan iaitu Kg Kubang Buyung, Kuala Terengganu (500 meter daripada Pasar Cabang Tiga). Pada hari tersebut juga akan diadakan pemeriksaan Kesihatan di mana orang ramai dialu-alukan untuk datang menjalani pemeriksaan kesihatan. Pada hari ini juga radio Suria FM akan membuat liputan dan bertemu dengan pendengar mereka.

        Tapak ini akan didirikan bangunan persatuan yang akan dijadikan pusat rawatan hemodialisis. Sumbangan daripada syarikat dan orang ramai amat diperlukan bagi menjayakan projek yang sedang dirancang ini.      
 

Sunday, February 13, 2011

PUSAT DIALISIS PPBPT

Pusat dialisis ini apabila beroperasi nanti akan menjadi pusat dialisis terbesar di Kuala
Terengganu untuk menampung pesakit yang sentiasa bertambah dengan ramainya
dari masa ke semasa, di mana Unit Hemodialisis Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala
Terengganu dan lain-lain pusat hemodialisis disekitar Kuala Terengganu ini telah hampir penuh